Trip ke HCM yang kak lang pegi ni di bawah travel agent yang dikendalikan oleh kak zie yang menawarkan pakej pelancongan dari Kuantan ke HCM dengan harga yang sangat berpatutan dan perkhidmatannya juga sangat memuaskan. Pakej yang ditawarkan termasuk flight MAS pergi-balik, transport sepanjang travel, makanan halal (3X sehari), penginapan di hotel terpilih, guide tour dan entrance fee.
Selain kak lang dan hubby, trip ke HCM turut disertai 7 orang kawan hubby di bawah satu travel agent yang sama.
Dari kiri : Kak lang, Zakiah, Dodi dan Kak Amalina
Perjalanan dari Kuantan ke KLIA
mengambil masa lebih kurang 45 minit manakala dari KLIA ke HCM mengambil masa lebih kurang 1jam 50 minit.
Sampai di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam kami disambut oleh guide tour dan seterusnya di bawa ke hotel tempat kami menginap iaitu Thanh Thu Hotel. Kak lang suka menginap kat sini sebab hotel dia best dan selesa lengkap dengan TV, Peti ais, Water heater, Aircond dan wifi. Apa yang paling kak lang suka, hotel kami berdekatan dengan Ben Thanh Market dan kedai makanan halal. Jadi, kami boleh pegi ke sana dengan jalan kaki je.
Trip kali ni kak lang berpeluang melawat beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong di negara HCM seperti Delta Mekong, Chu Chi Tunnel, War Museum, Reunification palace, Notre dame cathedral & Post office.
DELTA MEKONG
Delta Mekong ni meliputi sebahagian besar tenggara Vietnam dengan
keluasan 39,000 kilometer persegi yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Ho Chi Minh serta terkenal dengan padinya yang
sangat subur. Sg. Mekong pula merupakan sungai ke-12 terpanjang di dunia yang mengalir ke beberapa negara antaranya China,
Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Yang menariknya di sini, kami dibawa melayari Sg. Mekong dengan menaiki bot kayu dan singgah sebentar di pulau terbesar dari empat pulau di sungai berkenaan iaitu Pulau Unicorn. Di sini, kami berpeluang melawat Honey Bee Farm dan Tropical Fruit serta berpeluang melihat sendiri bagaimana coklat dari kelapa dihasilkan.
Honey Bee Farm : kami berpeluang melihat dan memegang sendiri sarang lebah madu yang diternak.
Kami juga turut berpeluang menikmati makanan tradisi masyarakat vietnam
seperti kerepek pisang, halwa buah-buahan serta campuran air madu lebah dengan limau kasturi.
Tropical fruit : kami berpeluang melihat sendiri bagaimana coklat tradisi vietnam yang diperbuat daripada kelapa dihasilkan dan dibungkus.
Juga terdapat beberapa gerai yang menjual t-shirt, baju tradisi vietnam, beg kulit lembu dan pelbagai jenis cenderamata.
Beg kulit di delta mekong lebih murah berbanding tempat lain dengan kualiti yang lebih baik.
Selain itu, kami turut di bawa menikmati hidangan buah-buahan tempatan
sambil mendengar alunan muzik dan nyanyian tradisional oleh penduduk tempatan.
Di pengakhiran lawatan, kami di bawa semula ke bot kayu dengan menaiki
sampan kecil menyelusuri anak sungai yang dipenuhi pohon nipah.
Dalam perjalanan pulang, kami disajikan pula dengan air kelapa tempatan yang rasanya sangat sedap dan manis.