Saturday, 18 January 2014

Tips bercuti ke Ho Chi Minh (Vietnam)




Sebenarnya dah lama kak lang memasang impian nak melawat negara orang dan alhamdulillah terima kasih kepada hubby kak lang yang telah merealisasikan impian kak lang untuk terbang ke negara orang dengan memilih Ho Chi Minh sebagai destinasi pertama kami. Trip 6H5M (24-29/11/2013) ni dikendalikan oleh sahabat hubby kak lang yang dikenali sebagai kak zie.

Oleh kerana ini 'pestime' kak lang ke luar negara jadi sebagai persediaannya kak lang banyak menggunakan bantuan pak cik google untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang negara Vietnam. Kak lang juga lebih suka luangkan masa dengan membaca pengalaman individu yang telah ke sana sebab kat situ nanti mcm2 maklumat kita boleh dapat untuk diambil sebagai panduan dan pengajaran. Kat bawah ni kak lang senaraikan sekali beberapa perkara perlu untuk diketahui hasil daripada pembacaan dan pengalaman kak lang sendiri.

a) Penerbangan

Penerbangan ke Vietnam boleh dibuat menggunakan perkhidmatan Air Asia, MAS atau Vietnam Airlines dengan berat baggage yang dibenarkan tidak melebihi 15kg bagi Air Asia, 30kg bagi MAS dan 20kg bagi Vietnam Airlines. Sementara berat hand-carry yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10kg. Bab penerbangan ni kak lang lebih suka guna MAS sebab kalau terlebih berat 1kg or 2kg biasanya dia org tak berkira sangat berbeza dengan Air Asia yang akan mengenakan caj dlm nilai USD untuk setiap kg sekiranya terdapat excess baggage atau terlebih muatan.

b) Bahasa

Selain bahasa ibunda (Vietnam) masyarakat di sana juga rata-ratanya menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa ke2. Walaubagaimanapun, bagi yang tak tahu speaking, tak perlu bimbang sebab mereka juga memahami bahasa melayu walau tidak sepenuhnya. Kak lang sendiri pun kengkadang siap guna isyarat tangan ketika bercakap dengan rakyat di sana terutamanya ketika membeli belah.

c) Matawang

Terdapat 3 jenis matawang yang perlu disediakan untuk pergi ke Vietnam iaitu:

i) Dong Vietnam
ii) US Dollar
iii) Ringgit Malaysia

Nilai matawang ni boleh digunakan mengikut keadaan. Biasanya RM digunakan untuk membeli kain pasang atau baju kurung manik kerana lebih mudah untuk mengira jumlah wang yang dibelanja. US Dollar pula biasanya digunakan untuk bagi tips pada travel agent di sana jadi tak perlu tukar banyak sangat duit USD. Sepanjang kak lang kat sana, kak lang lebih suka berbelanja dalam nilai matawang Dong sebab boleh tawar menawar dengan lebih murah berbanding RM dan USD. Sebelum berangkat ke sana, ada di antara individu yang menyarankan supaya sifir tukaran matawang bagi ketiga2 matawang disediakan siap2 supaya senang nak kira semasa membeli nanti. Boleh rujuk di sini untuk membuat tukaran matawang. Bagi kak lang pula, kak lang lebih senang guna aplikasi XE Currency yang kak lang dah download siap2 kt mobile phone sebab lagi mudah dan boleh di buka pada bila2 masa dan di mana sahaja.

d) Makanan Halal

Bagi yang pertama kali ke Vietnam, tak perlu bimbang sebab kat Vietnam restoran makanan halal tak sukar untuk  di cari. Antara restoran halal yang boleh ditemui di sana seperti :

- Saigon Parkson (food court)
- Kedai makan halal Al- Azim
- Restoran VN halal
- Hajah Basiroh
- Warung 1 Malaysia
- Saigon Green House

e) Hotel

Pemilihan hotel boleh dibuat mengikut bajet dan kemampuan masing2. Rata-rata pelancong Malaysia ke sana lebih gemar menginap di hotel yang berdekatan dengan Ben Thanh Market. Antara hotel-hotel yang berdekatan dengan Ben Thanh Market adalah seperti :

- Thanh Thu Hotel
- Saigon Pink 2 Hotel
- Ha May 3 Hotel
- Blessing 1 Hotel

Banyak lagi sebenarnya dan boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

f) Pengangkutan

Bagi mereka yang travel secara bersendirian di nasihatkan agar berhati-hati dalam memilih teksi. Pastikan anda memilih teksi yang bermeter untuk mengelak daripada berlaku penipuan. Sediakan juga wang kecil (dalam Dong) siap2 bagi memudahkan urusan pembayaran. Lagi satu, pastikan anda ingat no. kenderaan teksi yang di ambil supaya boleh dijadikan rujukan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Selain teksi, perkhidmatan bus juga turut disediakan dari Airport ke Ben Thanh Market dengan harga lebih kurang VND 10,000 atau RM1.50.

Percutian kak lang dan suami pada kali ini menggunakan travel agent di mana segala urusan berkaitan tiket, penginapan, makanan dan guide tour telah disediakan. Jadi, tiada sebarang masalah dari segi pengangkutan. Kak lang juga menyarankan penggunaan perkhidmatan guide tour bagi mereka yang pertama kali ke sana supaya tidak berlaku kes penipuan.











No comments:

Post a Comment