Friday, 1 November 2013

BRIDE'S CAKE (CHOCOLATE MOIST CAKE)

BRIDE'S CAKE (CHOCOLATE MOIST CAKE)

Sedang orang lain sibuk membuat persiapan akhir untuk majlis perkahwinan my little sis, kak lang terfikir.... why not we bake a cake for the bride? Oleh kerana dis is 1st time baking cake sendiri jadi dalam kepala kak lang time tu ada dua resepi yang ingin di cuba : choc moist n rainbow cake.

Resepi bagi choc moist kak lang dapatkan kat sini :
http://www.kongsiresepi.com/read/4216/0/


Bahan-bahan :
(A)
150gm minyak masak/jagung
180gm susu cair
200gm gula kastor
220gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

(B)
50gm serbuk koko
90gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

(C)
3 biji telur : dipukul dengan garfu hingga sebati


Cara Membuat :
  1. Satukan bahan-bahan A dalam sebuah periuk, kacau atas api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.
  2. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau rata.
  3. Ayakkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.
  4. Rehatkan adunan selama 20 minit. Tuangkan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus selama 20 minit hingga masak.

p/s: Saiz adunan bagi resepi yang kak lang dapat ni sebenarnya adalah untuk buat cup cake jadi kena ubah suai sikit untuk dapatkan sebiji kek choc moist.

Resepi ni memang menjadi...kak lang da cuba buat dan amat berpuas hati. Rasa die memang best n tak rugi mencuba. Kat bawah ni ada kak lang sertakan sekali gambar kek  hasil tangan pertama kak lang yang xseberapa

Chocolate moist cake

 

No comments:

Post a Comment